Tuesday 3 February 2015

REVIEW : SET RESDUNG SHAKLEE

Saya nak share review set resdung yang suami saya sendiri try.. Memang awesome lah gabungan Vitamin C dgn Alfalfa ni. Sesiapa ada masalah sama, jgn ragu2 nak cuba :)

Macam ni alkisahnya...

Incik seben smlm asyik bersin dari pagi dengan hidung gatal-gatal.
Saya suggest dia amek Vitamin C dengan Alfalfa.

"Okeh, abang nak beli 1 botol vitamin C, 1 botol Alfalfa"

Dalam hati berkata-kata, 'Hamboih, x nak share tuuu...dua2 tu bukannye xde'.

Malam tadi bagi beliau try 1 biji Vitamin C, 2 biji Alfalfa..

Dah tengah malam..Tetiba.... "Yunk, tak jadi lah beli vitamin tu"

Hah, sudah! Terpikir2..Tak berkesan ke? Baru nak bebel, makan sekali tak kan nak nampak kesan...tapi ku sabor...

"Pasai pe plak abg?"

Tau apa beliau jawab?

"Dah baik dah, tak yah la beli"...
Sambil sedut2 angin untuk buktikan hidung dia dah lega.. Kembang kempis hidung dengan bangganya...

Si isteri ini tumpang happy tapi stress sebab janji nak beli tapi tak jadi.hahaha...

Ermmm... Tapi tak kiraaaa....abg kena beli jugak! :P

Thursday 29 January 2015

PENGALAMAN BERSALIN KETIKA POSITIF H1N1

Hari ni dah masuk 38 minggu pregnancy. Berdebarnya rasa, berbeza waktu bersalin anak pertama dulu. Sebab apa? Dulu slumber je serah diri sebab tak tau lagi sakit bersalin tu macam mana. Sekarang ni dah tau, rasa berdebar, takut, seriau semua ada. Terbayang-bayang dah sakitnya macam mana.

Ok, jom nak flash back pengalaman bersalin Daniel. Waktu usia kandungan 35 minggu terpaksa ditahan kat wad, sebab tekanan darah tiba-tiba naik mendadak. Lepas dapat pakej penginapan percuma 2 hari 1 malam, dah ada ura-ura nurse kata boleh balik. Muka ada senyum. Tapi panas tak sampai ke petang, dapat demam & batuk la pulak. Batuk berkahak yang pekat likat (sila jangan imagine :P ) dan bila baring rasa susah nak bernafas. Doktor datang buat swap untuk ambil sampel kat tekak & ambil sampel darah.

Memang nak termuntah bila buat swap ni


Ingatkan tu prosedur biasa je, tak tahu pulak saya ni suspek mengidap H1N1. Tapi yang jadi bertambah pelik bila saya dipindahkan ke wad yang ala-ala Kelas 1. Sebilik tu saya sorang je. Lepas tu sesiapa yang masuk jenguk saya, mesti pakai mask. Teka-teki terungkai bila seorang doktor pakar ni datang cek. Katanya saya suspek H1N1 dan masih menunggu keputusan makmal. Allah je yang tahu betapa risaunya saya sebab ibu mengandung antara golongan yang berisiko dan boleh meragut nyawa. Tunggu punya tunggu, keputusan pun keluar dan saya disahkan positif H1N1. Banggggg!!!! Tersentap sekejap. Si suami termenung panjang. Tapi lepas doktor terangkan, lega lah sikit. Saya perlu habiskan dos Tamiflu selama 5 hari berturut-turut dan tak boleh bersalin sebelum habiskan dos sebab risiko tinggi. Kalau lepas 5 hari tak bersalin jugak, doktor akan induce atau ceaser bergantung pada keadaan. Selagi belum bersalin, baby tak akan dijangkiti sebab H1N1 ni tak merebak melalui darah, tetapi melalui contact.

H1N1

2 hari berlalu dan baby tersangat aktif. Bergelora & senget-benget perut dibuatnya. Tak tahu lah sebab dia tak selesa ke, panas ke kat dalam tu. Tiba-tiba rasa macam nak buang air, turun katil je terus mengelembang air atas lantai. Terkejut punya pasal, terus aku keluar bilik nak panggil nurse. Terlupa pulak ade button tuk panggil nurse kat tepi katil. Yang kelakarnya, menjerit nurse-nurse tu suruh aku masuk bilik. Hehehee... Takut berjangkit la tu. Bila cek, memang air ketuban dah leaking. Dalam hati dah mula risau, dah nak bersalin ke aku ni? Doktor pakar datang cek dan kata air ketuban masih banyak. Harap-harap boleh bertahan lagi 3 hari.

Malam ke-2 melayan contraction, tak de selera nak makan dah. Dalam pukul 4 pagi dah contraction setiap 4- 5 minit. Doktor buat V.E @ seluk cek bukaan, dah 4cm. Terus masuk labour room dengan perut kosong. Satu kesilapan yang sayatak akan ulang. Pagi tu tak ade pun disediakan sarapan. Mintak minum pun, nurse bagi sikit je dlm botol sebesar botol ubat titis mata. Lebih kurang pukul 11a.m, bukaan serviks dah 8cm. Suami dah dibenarkan masuk. 

Contraction semakin kuat, tapi bila push tak lepas. Badan lemah sangat sebab tak cukup tenaga ditambah lagi dengan demam tu. Bila contraction datang lagi, bidan bagi tahu nak gunting sikit. Tak rasa sakit pun kena gunting tu. Lepas tu 2 orang nurse tolong tolak perut. Seorang kiri, seorang kanan. Suami memang berdiri statik kat tepi kepala sambil pegang tangan saya dengan muka dia yang cuak. Nurse suruh jenguk tengok kepala baby pun, dia tak nak. Baik la jangan, nanti ada pulak yang pengsan. Hehehe... Alhamdulillah pukul 11.45 a.m, baby selamat dilahirkan dengan berat 2.33kg pada usia 36 minggu. Lepas keluar je, terus baby diletakkan atas dada saya. Betul lah orang kata, tengok baby terus hilang sakit. Waktu tu dalam hati berkata 'Tak ada la sakit sangat bersalin ni'...hahaha...bergelut dkt 45minit tak rasa sakit konon. hehe... Lepas tu suami kena keluar dari labour room.

Lepas je plasenta @ uri keluar, bidan jahit luka perimium. Tak sakit sangat, cuma rasa la jarum dan benang tu. Selesai jahit, tiba-tiba darah membuak-buak keluar. Dengar bidan suruh cek plasenta yang keluar tadi complete ke tidak,nurse bagitau complete. Rasa nak pengsan bila tengok nurse angkat besen yang berisi darah. Banyak sangat-sangat. Untuk pastikan tak ada cebisan uri tertinggal dalam rahim, sekali lagi kena seluk. Bayangkan miss V baru lepas jahit, kena seluk pulak. Bukan macam seluk untuk cek bukaan serviks tu. Ni seluk sambil mencari serpihan uri kalau ada yang tertinggal. Sakit yang teramat-amat sakit, lebih sakit dari sakit contraction mahupun sakit  bersalin. Waktu tu terngiang-ngiang suara doktor pakar H1N1 tu "AwK tak boleh bersalin selagi tak complete 5 hari dos Tamiflu ni. Jika tak, risiko pada diri awak". Dalam hati dah terlintas 'Dah nak mati ke aku ni?'. Tak tahan sangat, saya diberi gas untuk sedut. Tak tahu la oksigen ke atau gas pelali sebab lepas tu saya pengsan tak sedar apa dah.

Sedar-sedar pukul 7 malam, masih dalam labour room seorang diri. Panggil nurse, tak ada pun yang datang. Suara pun memang macam berbisik je. Lemah sangat-sangat. Nak ambil handset dalam beg pun tak berdaya sebab dua-dua belah tangan dah macam bola. Sebelah tangan je dah ade 9-10 bekas jarum. Tak terbayang apa yang dah jadi sepanjang saya tak sedarkan diri. Gagahkan diri on handset dan call suami. Nampak kelibat nurse lalu depan labour room, terus panggil (dengan suara yang macam nak nangis). Nasib baik lah nurse tu jenis softspoken, layan baik je. Tukarkan baju, pakaikan maternity pad dan siap-siap untuk masuk wad. 

Si suami datang, terkejut tengok saya lemah sampai macam tu sekali. Rupa-rupanya dia tak diberitahu apa yang jadi kat saya. Selepas dia keluar dari labour room tu, nurse panggil untuk azankan baby dekat luar labour room. Selepas pindah ke wad, saya masih dikuarantin. Duduk la sorang-sorang tanpa baby. Hari ke baru lah baby diserahkan kepada saya, tapi dengan syarat kena pakai mask sentiasa. Bila nak discharge, baru lah tau punca pendarahan tu sebab ada luka dalam rahim. Apa pun, alhamdulillah semua selamat. Walaupun rasa serik bersalin 30 Disember 2010, tak lama lagi kena jugak lalui lagi. Doakan saya selamat bersalinkan pengganti anak syurga saya. 

Thursday 22 January 2015

Daniel, anak syurga kami

Pejam celik.. pejam celik... dah genap setahun Daniel pergi meninggalkan kami. Macam-macam versi cerita pasal kemalangan yang saya dengar. Bila orang cerita dari mulut ke mulut, ade yang ditokok tambah, ade jugak yang kurang.. Sampai ada yang kata kami tak bawak Daniel ke hospital lepas kemalangan tu, sebab tu Daniel tak dapat diselamatkan.. remuk hati mendengarnye tau. Kami dah buat yang terbaik untuk satu-satunya anak kami. Tak pe lah, saya maafkan kepada yang buat cerita tu.

Maaflah sebab dah setahun berlalu baru saya ade kekuatan nak cerita tragedi kemalangan tu. Petang tu 21 Januari 2014, macam biasa lepas balik kerja saya ambil Daniel dari taska. Kebetulan suami saya cuti, jadi dia nak bawak kami pegi ke taman kat tepi Tasik Putrajaya. Kononnya nak lepaskan ikan belaan Daniel. Dah lama bela, kesian la pulak. Sementara Daniel makan nasik lemak, kami siap2 pack ikan. Si ayah ajak pegi naik motor. excited dengan raga motor baru tuk Daniel dok depan. Sebelum keluar rumah lagi dah pakaikan helmet kat Daniel. Helmet kanak2 yang ade SIRIM ye.. menangis tak nak pakai, sebab sebelum ni serik bila saya klipkan sampai terkepit kat pipi tembam dia.
Tapi berjaya jugak pujuk.

Taman tu tak jauh pun dari rumah. Lebih kurang 1 km lebih je. Kebetulan dekat Bulatan Gemilang Presint 4 tu, exit ke kiri tutup sebab ade construction, jadi kena pusing jauh sikit. Si ayah bawa motor perlahan je, tapi tiba-tiba van di depan kami emergency brek. Tak sempat nak elak, kami bertiga jatuh ke sebelah kanan. Betul-betul di sisi motor. Cermin belakang van pecah sebab helmet si ayah terhantuk. Daniel tak ade cedera teruk, cuma scratch sikit kat betis. Sikit sangat macam scratch kena garu. Saya pulak luka kat 1 jari. Si ayah cuma segaris bawah dagu & tapak tangan ade luka kecil. Daniel nangis macam terkejut. Tak ada tanda2 dia sakit sangat. Mulut dia ngomel2 ajak balik rumah. Tapi saya terus bawak Daniel ke hospital, sementara si ayah settle kan hal motor.

Sampai je kat hospital, terus masuk wad emergency. Bila buat ultra sound, doktor kata ade bleeding kat hati dia, tapi minor. Kat katil emergency tu saya tengok banyak sungguh rambut Daniel gugur. Saya usap kepala dia, rasa rambut dia keras. Berbeza dari biasa. Hati dah jadi tak sedap..

..to be continue (maaf, merambu air mata tak mampu nak taip)

Friday 16 January 2015

SOLAT KETIKA SAKIT BERSALIN


Sedikit perkongsian yang diharap dapat memberi panduan buat semua ibu-ibu yang sedang mengandung dan mungkin sedang menunggu hari untuk bersalin.

Seperti yang kita semua sedia maklum solat 5 waktu adalah WAJIB dan hukumnya berdosa jika ditinggalkan tetapi bagaimana pula dengan solat bagi wanita yg sedang sakit bersalin dan sudah pecah ketuban atau keluar tanda (cecair dan darah)? Wajibkah untuk solat? atau tidak perlu lagi untuk solat?

Untuk itu, kita perlu fahami dulu beberapa jenis pendarahan yang keluar semasa hamil.
Darah yang keluar sebelum melahirkan anak adalah merupakan darah istihadhah. Ia tidak termasuk dalam kategori darah haid dan bukan juga darah nifas. Darah bercampur lendir ketika proses hendak bersalin juga dikira istihadah atau darah fasad (rosak)(darah penyakit) yang mewajibkan seseorang itu solat.

Oleh itu seorang wanita yang mendapat tanda-tanda bersalin sama ada keluar darah mahupun sebarang cecair, maka ia masih wajib mengerjakan ibadah seperti biasa.

Cara mengerjakan ibadah solat bagi wanita yang istihadahah adalah :
1) Membersihkan tempat keluar darah tersebut.
2) Memakai tuala wanita
3) Mengambil wuduk dengan segera
4) Solat dengan segera

Sekiranya darah keluar sewaktu sedang melaksanakan ibadah solat, maka ia adalah dimaafkan dan solat tersebut adalah sah.

Bagaimana pula sekiranya pecah ketuban?
Pecahnya air ketuban juga merupakan tanda awal proses kelahiran bayi. Pada asalnya, air ketuban bertindak sebagai kusyen yang melindungi bayi. Maka jelaslah di sini, ibu mengandung tersebut wajib mendirikan solat walaupun telah keluar air ketuban atau darah lendir tanda mahu bersalin.

Jadi di sini jika si ibu yg sedang sakit masih mampu berdiri dan solat seperti biasa, ibu bolehlah bersolat setelah membersihkan diri. Sekiranya tidak mampu, ibu boleh solat secara duduk atau sekiranya tidak mampu boleh bersolat secara baring.


Rujuk Panduan Solat Bagi Pesakit yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini untuk kaedah solat yang lebih terperinci.

Bagaimana pula jika si ibu terlalu lemah dan tidak mampu untuk membersihkan diri dan tempat solat dari cecair dan darah yg keluar berterusan?
Situasi sebegini dikira situasi darurat yang mengharuskan perkara yang dilarang. Jadi si ibu harus solat secara baring tanpa membersihkan diri, tempat dan berwuduk. Si ibu juga tidak harus menangguhkan waktu solat kerana si ibu dijangka akan bersalin bila-bila masa.

Darah yang mengiringi anak nanti dikira darah wiladah atau nifas. Nifas atau wiladah merupakan hadas besar bagi wanita. Justeru si ibu haram menunaikan solat sepanjang tempoh nifas.

Rujukan & Sumber:
apps.islam.gov.my
sayangislam.com

Friday 5 December 2014

RESEPI MUDAH KETIKA BERPANTANG


1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam
Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris
Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam
Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak
Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu
Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam
Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis
Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang
Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.
Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa
Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air
Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit
Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah

(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)
Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah
Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus

(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).
Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah
Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Sumber: FB Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia

Saturday 8 November 2014

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN


1. Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.
2. Mata pandang perut.
3. Tangan pegang di pergelangan bahagian kaki atau pemegang pada katil.
4. Semasa proses meneran, elakkan mengeluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu kurang tenaga dan tidak kuat.
5. Jangan sesekali mengangkat punggung semasa meneran bagi mengelakkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina.
6.Tarik nafas sedalam yang mungkin dan teran seperti membuang air besar tanpa menghembus nafas semasa meneran. Teran sekuat yang terdaya dan selama yang boleh; curi nafas dan sambung meneran. Setiap kontraksi cuba sebanyak 3 kali. Teran semasa kontraksi kerana bayi anda turut bergerak sama. Ambil nafas dan kumpul tenaga semasa kurang kontraksi.
7. Amalkan membaca selawat dan doa Nabi Yunus. Sebaiknya suami  membaca doa Nabi Yunus ini agar dapat memandu isteri mengikut bacaan suami kerana mungkin masa itu anda akan terlupa kerana sedang kesakitan.
8. Suami sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk isteri.
Sumber : Facebook

Sunday 22 June 2014

Side Effect Ubat Tahan Sakit

Maaf..saya mmg pangkah ubat tahan sakit.
Sebab saya dah nmpk sendiri side effect nyer.
Mak saya memang dari muda dulu amalkan paracetamol ataupun mak panggil 'ubat KK'. Sebab parcetamol dari klinik kesihatan kan ada tulis 'KK' atas ubat tu. Sakit sikit je ubat KK.. Memang sentiasa ada stok kt umah.
Tahun 2008 mak kena operate kaki. Amputation sebab kencing manis. Sebelum operate, mesti la pakar bius akan bius dulu. Tapi malangnya mak saya kata bius tak berkesan kat dia. Rasa dilapah hidup-hidup. Memang sangat-sangat sedih tengok mak waktu tu. Keluar dari operation room dengan badan menggeletar tahan sakit.
Kalau 1 kali je macam tu, mungkin la jugak sebab tak cukup bius ke... ni 3 kali operate, semua sama je. Selepas tu baru saya dapat tau dari sorang doktor ni. Katanya mungkin sebab mak saya dah 'imun' dgn ubat2 tahan sakit yg die amalkan sebelum ni.
Sejak tu saya memang ambil dah apa-apa ubat tahan sakit sesuka hati. Sekarang dah jumpa #NutriFeron ni, syukur sgt. Kalau rasa2 mcm nak demam, trus bancuh Nutriferon 1 sachet untuk tingkatkan imunisasi..

Friday 2 May 2014

Tingkatkan Kesuburan Untuk Hamil


Dah lama mengimpikan ZURIAT?
Sentap dengan pandangan sinis orang sekeliling yang mengatakan anda MANDUL? ☹☹☹

Sesungguhnya tiada suami isteri tidak gembira menerima berita si isteri berjaya hamil. Tiada isteri yang tidak mahu merasai INDAHNYA alam kehamilan. Betapa puasnya melihat anak yang dikandung membesar di depan mata. Yakinlah anda juga mampu jika anda BERUSAHA dan juga dengan izinNya.

Kami ingin kongsi cara penyelesaian yang telah terbukti memberi KEGEMBIRAAN kepada ramai pasangan suami isteri yang mempunyai cabaran seperti anda pada suatu ketika dulu.

Produk-produk Shaklee adalah HALAL dan telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia amat sesuai untuk anda meningkatkan kesuburan disamping dapat membantu memberi kesihatan yang lebih baik kepada anda dan pasangan anda.

Saya pasti anda serta pasangan MAMPU memiliki set produk ini untuk meningkatkan kesuburan ini kerana terdapat beberapa CADANGAN set yang boleh anda pilih berdasarkan keperluan dan budget anda.

SET KESUBURAN (LENGKAP)




SET KESUBURAN (ASAS)


Fungsi setiap supplement adalah seperti berikut:


      Isteri:
  • ESP
  • Vita-Lea
  • B com
  • Vitamin C
  • Alfalfa
  • GLA Complex

      Suami:

  • ESP
  • Vita-Lea
  • B com
  • Vitamin C
  • Vita-E Complex
  • Zinc

Vita-Lea (multivitamin), Vitamin C, & B Complex adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

Vita-Lea (multivitamin)
~membekal nutrien-nutrien yang diperlukan oleh tubuh
~melengkapkan keperluan vitamin yang tidak cukup dalam diet harian

Vitamin C
~untuk pembinaan dan pemulihan sel
~mencegah penggumpalan sperma dan menjadikan sperma lebih aktif
~suami yang merokok amat memerlukan Vitamin C untuk tingkatkan produktiviti

B Complex
~mengandungi asid folic yang sangat diperlukan terutamanya di awal kehamilan
~bertindak sebagai anti-stress secara tidak langsung menstabilkan hormon
~Vitamin B6 meningkatkan kesuburan wanita

ESP (Energising Soy Protien)
~Protien adalah makanan asas kepada sel oleh itu ia membantu menyihatkan ovum dan sperma, membantu persenyawaan dan perlekatan ovum di uterus.

Alfalfa
~mengatasi keputihan & senggugut
~membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah)

GLA Complex
~menstabilkan hormon dan mengembalikan kitaran haid normal
~membantu penghasilan cecair serviks yang memudahkan sperma berenang ke tiub fallopio & membolehkan sperma terus hidup dalam tiub fallopio selama 5 hari

Vita-E Complex
~bantu tingkatkan hormon seks
~melancarkan peredaran pembuluh darah & cegah pembentukan darah beku
~menyuburkan organ reproduktif
~selenium dalam Vita-E Complex sangat diperlukan kerana 50% selenium dalam badan lelaki berada dalam testikel dan duktus seminal.(kehilangan selenium adalah melalui air mani)

Zink Complex
~membantu menambah bilangan sperma & mengelakkan pembentukan sperma tidak normal (cacat)
~melindungi sperma daripada bakteria dalam vagina
~memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum
~berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid)

*Vita-Lea tidak boleh diambil oleh pesakit Thalasemia
*Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE & G6PD


=======================================

Setiap pelanggan akan diberikan:
✔Jadual Pemakanan Vitamin Eksklusif
✔Khidmat konsultansi percuma dari kami
✔Tips & petua rahsia mudah hamil



Suhana Salihuddin
 PM: www.facebook.com/messages/gojesmommies
 Call |SMS | WhatsApp: 0192951580

Ovulasi, Persenyawaan dan Penempelan

Ovulasi

Setiap bulan, kira-kira 30 telur akan berkembang di dalam ovari setiap wanita. Di antara 30 telur ini, terdapat satu telur yang dominan dan ianya akan merencat perkembangan telur-telur lain. Apabila telur ini telah matang ia dilepaskan dari ovari. Proses ini dipanggil ovulasi. Telur ini kemudiannya akan dibawa masuk ke dalam tiub fallopio dengan bantuan pergerakan fimbria. Telur akan disenyawakan di ampula. Jangka hayat telur selepas ovulasi adalah 24 jam. 



Berikut adalah tanda-tanda ovulasi:
1.Keputihan yang berair dan melekit
2.Rasa sakit disebabkan pemecahan folikel
3.Paras estrogen yang menaik dan menurun dengan mendadak
4.Pembengkakan payudara disebabkan ransangan progesteron
5.Peningkatan suhu badan kerana peningkatan paras progesteron

Cecair serviks ketika waktu subur

Persenyawaan
Sperma akan bergerak dari serviks ke uterus seterusnya ke tiub fallopian. Persenyawaan akan berlaku di ampula. Telur diselaputi oleh satu lapisan dipanggil zona pellucida. Pada permukaan zona pellucida terdapat banyak tapak-tapak reseptor. Sperma perlu melekat pada tapak reseptor ini dan mengaktifkannya sebelum ia dapat menembusi zona pellucida dan seterusnya mensenyawakan telur. Selepas satu sperma berjaya mensenyawakan telur, zona pellucida akan mengeras untuk menghalang sperma lain menembusinya. Telur yang telah disenyawakan dipanggil zigot. Zigot akan bergerak ke uterus dengan bantuan pergerakan silia. Zigot juga menjalani pembahagian dan pembezaan sel di sepanjang perjalanan ke uterus.

Penempelan dan Kehamilan
24 jam selepas persenyawaan, zigot akan membahagi kepada 2 sel, 4 sel, 8 sel dan seterusnya. Pada tahap ini ia dipanggil embrio. Pada hari ke-5, embrio akan mencapai tahap blastosista (70-100 sel) dan terapung-di dalam uterus. Blastosista akan menetas keluar dari zona pellucida menjelang proses penempelan. Penempelan biasanya berlaku di dinding posterior uterus dan sedikit pendarahan mungkin berlaku. Selepas menempel, blastosista akan terus membahagi dan membeza membentuk jisim sel dalaman, trofoblas dan kantung amnion. Trofoblas akan menghasilkan hormon progesteron yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan embrio di tapal penempelan. Ia juga menghasilkan hCG yang boleh dikesan dalam darah ibu pada hari ke-10 selepas persenyawaan atau di dalam air kencing pada hari ke-14. 3 minggu selepas persenyawaan, kantung amnion boleh dikesan melalui imbasan ultrabunyi.

sumber:http://www.metro.com.my/

Monday 24 March 2014

Beli 6 tong ESP, jimat RM251?

Belum terlambat lagiiiiii..berbaki 6 hari kalau nak grab ESP 6 tong.
Jimat RM150 + percuma keahlian Shaklee bernilai RM65 + cash rebate +/- RM36
Giler kentangggg...total bleh jimat RM251!!!!
Sekali dah terjebak ngan Shaklee, setiap org ade peluang menjana side income + peluang menikmati pelbagai insentif dari Shaklee... dengan syarat, B.E.R.U.S.A.H.A! nak kesenangan jatuh bergolek? mmg takkkk lah kannnn..hehe

Suhana Salihuddin
Shaklee Independent Distributor [ID: 877227]
☎ Call |SMS | WhatsApp: 0192951580


Thursday 20 March 2014

Kenapa Protien Penting?


ESP ialah protien..kenapa protien penting?



• Sbb Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.

• APA yg BEST tentang ESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga

Tuesday 18 March 2014

Tips tahan mengantuk



Se-mug Cinch Tea panas menyempit posing sekejap kt celah2 tempat sempit nih..hehe...kalo tertepis ni nangesssss..
Nak stay up mlm ni. Minum Cinch Tea ni boleh tahan dari tersengguk2 mengantuk depan laptop. Sebab ape? Sebab Cinch Tea ni tingkatkan metabolisma badan, energy booster...tu yg cargasss tu. Yang saya sangat suka, bila minum teh ni tak ada rasa craving nak makan makanan rapu @ junk food. i loikeeee...kurang la risiko menggeledah peti sejuk @ kabinet dapur tengah-tengah malam ni.hahaha....


Selain tu, apa lagi yang best pasal teh yang sedap ni? Jom kita review sedikit sebanyak pasal teh yang boleh bantu pelangsingan badan ni.



SEKOTAK MENGANDUNGI 28 SACHETS (47.6 GRAM) 
SETIAP 1 SACHET MEMBEKALKAN: 
~HANYA 5 KALORI SAHAJA! WOWWWW..(tapak tangan melekat kat kiri kanan pipi)
~1 GRAM KARBOHIDRAT 
~ 0 GRAM LEMAK 
~ 1 GRAM PROTIEN 
~ 0 GRAM SODIUM

 Fungsi Cinch Energy Tea Mix ;

  • Fungsi Matcha Green Tea adalah sebagai :

              - antioksida yang tinggi
              - energy booster
              - metabolisma booster
              - bakar kalori
             

  •      Taurina berfungsi untuk :
              - Menggalakkan metabolisme
              - Membuat rasa lebih bertenaga
              - Larutkan lemak
              - Membantu menghasilkan otot tanpa lemak

  •        Fungsi White Tea ialah :
              - Membakar lemak-lemak berlebihan
              - Menghalang penghasilan sel lemak yang tak perlu
              - Meningkatkan metabolisma

  •       Fungsi Rooibos Red Tea ialah :
              - Melarutkan lemak
              - Meningkatkan kadar metabolisma
              - Agen detox



Cinch Tea ni sememangnya sinonim sangat dengan Set Cadangan Pelangsingan Badan. Tapi tak semestinya hanya boleh diminum oleh orang yang nak melangsingkan badan sahaja. Student2 yang kerap berjaga dan perlu tenaga memang saya cadangkan cuba Cinch Tea nih. Berkesan pada saya, insyaAllah berkesan pada anda juga.. Bukan rasa ubat pun teh ni. Wangi jer bau dia.. Dan yang pastinya tidak menyebabkan cirit-birit hokeyyy...
Nak order, boleh contact hakak ye. Nak call,sms,whatsapp pun boleh.. Kak Sue 0192951580 :)
incik meow ngantok xpe..x yah pikir pointer, x pun xde bos nak marah keje x siap..

Monday 17 March 2014

BAHANA SOYA!!

Asyik2 cerita yang baik2 jer kan..Meh hari ni nak share cerita yang kurang enak pasal SOYA. Kisah benar nih kutempek dari facebook mentor saya sendiri. Kredit kpd kak Zura Betty...

Sesungguhnya kegeraman tahap maksima tengok wajah baby Khaulah ni. hehe...

SOYA MEMBAHAYAKAN..Meh nak share.. ni kisah 2 permata hati saya.. yang sebelah kiri tu Amsyar yang kanan Khaulah.. Masa saya mengandungkan Amsyar.. ade laa orang kata.. eh nak baby putih minum soya banyak2.. masa tu 7tahun dahulu.. masa tu facebook xde lagi.. Ilmu pun saya x banyak lagi.. Rakan2 sebaya yang preggy pun x ramai.. 

Wednesday 26 February 2014

Badan Kembali Bertenaga dengan Vitalea

Kalau biskut lemau, buang je.kalau badan lemau nak buat ape? boleh panaskan dalam microwave ke?hehe..
badan lemau memang x leh biar je..kat ofis jadi mengantuk, balik rumah asyik nak tidur awal je, bangun tidur pun rasa tak cukup tidur.nak buat kerja pun rasa malasssss je.. no no nooooo....

so aritu suggest Vitalea tuk kwn bagi asben die... 
x smpai 1 minggu dah nmpk kesan.alhamdulillah....

incik suami dah x lemau, x de la blk keje buat keje umah sorang2.hehehehe...






Kenali Perbezaan  Vita-Lea Shaklee

Monday 17 February 2014

Alfalfa Sebagai Penggalak Susu Badan


"HANG TAK DAK SUSU....HANG TAK DAK SUSU...PI BELI SUSU TIN.ANAK HANG LAPAQ TU"
Kalau itu ayat yang diulang setiap hari, memang TAK DAK SUSU la jadinya. Kata-kata tu kan doa..Tambah-tambah keluar dari mulut ibu sendiri. Memang stress dengar ayat-ayat negatif, lagi-lagi tengah berpantang. Silap hari bulan boleh meroyan. Nasib baik lah kawan saya ni penyabar orangnya. Tapi diikutkan kehendak ibunya, beli jugak susu formula. 

Hujung bulan lepas kawan ni pm saya, ceritakan masalah dia. Saya suggest yang paling budget iaitu Alfalfa. Bulan lepas kan promo Alfalfa, jadi bertambah-tambah murah la kan. Tak sia-sia kwan saya grab promo tu..Syukur sangat usaha dia berhasil.Sekarang susu dah meriah.Alhamdulillah..

Kawan-kawan di luar sana yang ada masalah sama, boleh cuba Alfalfa Complex Shaklee ni. Hubungi saya untuk dapatkannya dengan harga yang istimewa & konsultansi percuma.

Saturday 15 February 2014

Tingkatkan Platlet Darah Ketika Demam Denggi

Petang smlm sorang customer ni kelam-kabut cari supplement tuk kakak ipar die. dah 1 minggu warded sbb denggi, ptg smlm tetibe darah drop smpai 33, jantung pun x stabil..nasib baik ade stok Vivix, NutriFeron & Performance Drink.
● Vivix untuk tingkatkan platlet darah
● NutriFeron untuk tingkatkan sistem imun
● PerformanceDrink untuk pastikan badan sentiasa hydrate
mlm td dah bg vivix n nutriferon. alhamdulillah pagi ni darah die dah naik smpai 47...syukur ya Allah.dah msk ward biasa balik..customer ckp kak ipar die mmg susah nak minum.ari ni nak bagi PD tu...
ehhhh, bkn customer dah la..die dah daftar jd ahli.hehe...guna tuk 1 family je, tgh bulan depan dpt cash back..untung kannnn...
#SuhanaSalihuddin #PengedarShaklee #Putrajaya 0192951580

Tuesday 21 January 2014

AMALAN SEMASA MENGANDUNG


1. Amalkan pemakanan seimbang, berkhasiat, & halal.
2. Amalkan pengambilan supplement DHA (minyak ikan) untuk perkembangan neorologi bayi.
3. Amalkan pengambilan supplement kalsium untuk ibu yang kekurangan khasiat tersebut.
4. Amalkan pengambilan supplement multivitamin untuk pertumbuhan bayi yang lebih sihat.
5. Dengarkan bacaaan Al-Quran terutamanya Surah Yusuf, Surah Luqman, Surah Maryam. Pada usia 24 minggu, bayi telah boleh mendengar.
6. Jaga sikap, pergaulan dan emosi ketika mengandung.



Saturday 18 January 2014

Masker D.I.Y Yang Mudah Dilakukan Di Rumah


Aikkk biar betul ni masker 50 sen je! Betulllllll...tak tipu. Tak perlu berbelanja mewah untuk cantik. Dengan sebiji Vitamin C je dah cukup untuk menyerikan wajah yang kusam. Kalau beli masker kat farmasi, lebih kurang RM3 ke RM5 sekeping...tu yang murah2 la tu. Kalau yang branded, RM10 ke atas pun ada. GM pernah jugak buat facial, nak tambah masker vitamin C kena tambah lagi RM10. Boleh dapat 20 kali masker d.i.y ni. Jimat sungguh kan? Kalau rasa 50 sen pun mahal lagi, contact GM kalau nak tau macam mana nak murah lagi.hehehe... dah2, jom GM ajar cara2 nak buat masker yg branded, murah & berkesan nih. result die memang osemmmmm! Kulit rasa moist tauuu...







Antara kelebihan masker vitamin c ni:
  • Merangsang penghasilan kolagen dari dalam kulit
  • Menegangkan kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Mengecutkan jerawat
  • Menyegarkan wajah